Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Permohonan pemerhati pilihan raya Sabah dibuka mulai hari ini – SPR

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempelawa mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan berkepentingan lain yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, dalam satu kenyataan hari ini berkata, program pemerhati pilihan raya memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk menilai perjalanan proses pilihan raya secara telus dan bebas, bermula daripada penamaan calon sehingga keputusan rasmi diumumkan.

“SPR menawarkan peluang kepada mana-mana agensi kerajaan, NGO atau badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi PRU DUN Sabah Ke-17. 

“Pemerhati berpeluang melihat keseluruhan proses pilihan raya dijalankan,” katanya.

Menurut beliau, permohonan menjadi pemerhati dibuka mulai hari ini (9 Oktober 2025), manakala tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Khas SPR bagi PRU DUN Sabah Ke-17 diadakan.

Orang ramai serta pihak berkepentingan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE