Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Penyelidik muda UMS menang anugerah Kebangsaan Sains&Teknologi

Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTRAJAYA : Universiti Malaysia Sabah (UMS_ sekali lagi mencatatkan pencapaian cemerlang apabila penyelidik muda ChM. Dr. Ng Chi Huey dinobatkan sebagai penerima Excellence in Outstanding Early Career Research Award (Science & Technology) sempena Malaysian Scopus Research Star Award 2025 di Hotel Everly, Putrajaya.

Dr. Ng, pensyarah Program Minyak dan Gas, Fakulti Kejuruteraan UMS, menerima sumbangan RM2,000 daripada Elsevier bagi menghargai kecemerlangan beliau dalam penyelidikan dan inovasi pada peringkat awal kerjaya akademik.

Beliau kini mengetuai projek penyelidikan bernilai RM1 juta dibiayai PETRONAS, yang memfokuskan kepada penghasilan hidrogen daripada air menggunakan teknologi pemangkin (catalyst splitting). P

Projek ini seiring dengan aspirasi negara untuk tenaga bersih dan mampan, sekaligus menandakan penyelidikan Dr. Ng sebagai antara yang berimpak tinggi di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, berkata, kejayaan ini membuktikan kemampuan penyelidik muda UMS untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Pencapaian Dr. Ng memperkukuh reputasi UMS dalam bidang tenaga baharu dan teknologi hijau, serta menunjukkan komitmen universiti dalam melahirkan penyelidik berpotensi tinggi yang memberi impak kepada negara,” katanya.

Majlis anugerah yang dianjurkan oleh Elsevier dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini bertujuan mengiktiraf penyelidik Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan data sitasi Scopus, sekaligus memberi pengiktirafan awal kepada penyelidik muda berbakat seperti Dr. Ng. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE