Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Penyelesaian sementara perlu diberi keutamaan – Azrul

PAPAR: Pelaksanaan penyelesaian sementara menerusi projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 perlu diberi keutamaan bagi mengurangkan gangguan bekalan air yang sedang dihadapi penduduk, khususnya di kawasan Kinarut dan sekitarnya.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, berkata langkah interim itu penting sementara menunggu projek berkenaan disiapkan sepenuhnya yang dijadualkan pada Ogos 2026.

Menurutnya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama pihak kontraktor perlu memastikan pendekatan penyelesaian sementara dapat dilaksanakan secara berkesan bagi membantu mengurangkan tekanan bekalan air yang berlaku ketika ini.

“Usaha ini perlu dilaksanakan selari dengan pelaksanaan projek utama supaya manfaatnya dapat dirasai lebih awal oleh penduduk yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak projek LRA Kogopon Fasa 2 bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek tersebut.

Dalam masa sama, Azrul menegaskan keperluan perancangan rapi dari segi operasi, sistem dan kapasiti loji bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum sebaik sahaja siap dan beroperasi kelak.

Beliau turut menggesa JANS agar melaksanakan usaha dan ikhtiar secara segera serta berterusan, termasuk menyalurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk yang terkesan akibat gangguan bekalan air, bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE