Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Pengundi digesa buat pilihan bijak, pastikan kestabilan politik Sabah


Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong digesa membuat pilihan bijak pada 29 November ini demi masa depan Sabah.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih seorang wakil rakyat bagi Sri Tanjong, tetapi juga menentukan hala tuju keseluruhan DAP dan masa depan Sabah.

“Pilihan raya ini adalah peluang bagi rakyat Sabah memilih pemimpin yang benar-benar mampu membangunkan wilayah ini dan bekerjasama dengan kerajaan Pusat, dan memastikan kestabilan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Philip Yap di sini, semalam.

Chin Tong berkata, rancangan melemahkan DAP pada 2022 hanya semata-mata bertujuan mewujudkan persepsi bahawa parti itu lemah di Sabah.

“Langkah bekas ADUN meninggalkan DAP pada 2022 bertujuan mewujudkan persepsi bahawa DAP lemah di Sabah untuk kepentingan politik nasional.

“Hari ini, pengundi perlu menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat Sabah, bukan naratif lama yang mengelirukan,” tambah beliau.

Sementara itu, Philip menegaskan bahawa rakyat Sri Tanjong perlu membuat pilihan berdasarkan rekod kepimpinan dan kemampuan parti untuk memastikan pembangunan Sabah diteruskan.

“Pilihan raya ini bukan soal politik lama, tetapi soal masa depan Sabah dan kesejahteraan rakyatnya,” ujarnya.

Dengan hanya beberapa hari lagi menjelang pengundian, DAP menekankan pentingnya rakyat Sabah mengambil peluang untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pilihan raya yang adil dan bertanggungjawab.

LEAVE A RESPONSE