Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Penamaan calon berjalan lancar, tiada perbuatan fizikal tidak diingini berlaku – Noraidin

Oleh Raul G

TUARAN: Suasana di pusat penamaan calon Tuaran membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu di Dewan Sri Sulaman di sini, berjalan lancar tanpa sebarang perbuatan fizikal tidak diingini berlaku.  

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Awang Maidin, berkata seramai 149 anggota polis pelbagai pangkat ditugaskan mengawal keadaan di beberapa lokasi berhampiran pusat penamaan calon.

“Sehingga jam 11 pagi, suasana di pusat penamaan calon dewan sri sulaman tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

“Hanya sorakan serta laungan slogan parti gemuruh penyokong dari arah padang Tuaran, memeriahkan suasana” katanya, di sini, hari ini. 

Noraidin menambah, 20 anggota sukarelawan Malaysia (RELA) dan 11 sukarelawan polis turut membantu mengadakan kawalan ketat di lokasi.

Tinjauan mendapati penyokong parti yang mengiringi calon mereka ke pusat penamaan kelihatan bersemangat menantikan pengumuman nama calon yang disahkan akan bertanding pada pilihan raya ini, meskipun cuaca panas.  

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu, Ibrahim Terki mengumumkan pusat penamaan calon ditutup secara rasmi jam 10 pagi tadi.  – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE