Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Pelaksanaan penuh terhadap tuntutan 40 peratus

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUNDASANG: Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang, Datuk Japiril Suhaimin menyambut baik keputusan mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung
Tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

“Justeru kita menuntut supaya pelaksanaan penuh keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu demi memastikan proses semakan dilakukan secara telus dan adil.

“Dalam masa yang sama, kita mahu pihak berwajib untuk terus memperjuangkan hak Sabah dalam rundingan MA63 dan pembahagian hasil negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat dan pemimpin Sabah bersatu dalam memperkukuh tuntutan hak negeri, dan menjadikan keputusan ini sebagai titik tolak ke arah keadilan fiskal dan pemulihan maruah Sabah.

“Keputusan ini membuktikan bahawa perjuangan berprinsip mampu membawa perubahan.

“Rakyat Sabah kini melangkah ke hadapan dengan semangat baru untuk masa depan yang lebih adil dan bermaruah,” katanya pada Jumaat.

Japiril menambah, para pemimpin awal yang menyuarakan tuntutan ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan tokoh lantang memperjuangkan hak Sabah sejak era 1990-an, khususnya berkaitan MA63 dan pembahagian hasil.

Walau bagaimanapun, katanya, penghargaan perlu juga diberikan kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) sebagai pelopor tindakan undang-undang yang membawa kes ke Mahkamah Tinggi dan memperoleh keputusan bersejarah itu.

Ujar beliau, tuntutan ini penting kerana ia menyentuh soal-soal pengiktirafan hak negeri, Keadilan dalam sistem federalisme, dan pemulihan maruah Sabah dalam kerangka Malaysia.

“Kita berharap bahawa Kerajaaan Malaysia tidak mengemukakan rayuan terhadap perkara ini,” katanya.

LEAVE A RESPONSE