Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PAWE Tuaran juara pertandingan suara emas 2025

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)  dinobatkan sebagai juara Pertandingan Suara Emas 2025 sempena Sambutan Warga Emas Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau, di sini.

Kejayaan itu diraih menerusi wakilnya,Md Usop Durahim , yang memperoleh markah tertinggi sekali gus menewaskan enam finalis lain pada peringkat akhir pertandingan berkenaan.

Tempat kedua dimenangi wakil PAWE Pitas, Jahrin Mohd Ali, manakala tempat ketiga menjadi milik Zakaria Buang yang mewakili PAWE Elopura.

Pertandingan Suara Emas 2025 menerima penyertaan menggalakkan melibatkan 23 penyertaan dengan 43 video daripada PAWE seluruh Sabah, termasuk Persatuan Pesara Ranau dan Persatuan Warga Emas Ranau. 

Saringan awal dilaksanakan secara dalam talian melalui beberapa peringkat penilaian oleh panel juri sebelum tujuh peserta terbaik dipilih ke peringkat akhir.

Sementara itu, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal, menyifatkan penganjuran pertandingan tersebut sebagai platform penting bagi mengiktiraf sumbangan warga emas serta mencungkil bakat dalam bidang seni dan kebudayaan.

Beliau turut berharap agar pertandingan itu dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan bagi memperkasakan penglibatan warga emas, di samping mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan komuniti.

Hadir sama pada majlis berkenaan Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong serta Naib Yang di-Pertua Mutiara-GRS, Datin Seri Linda Ewit.

LEAVE A RESPONSE