KUALA LUMPUR: Drama terbaharu slot Megadrama, Pak Su Ammara, mula bersiaran malam ini di Astro Ria, sekali gus menarik perhatian penonton susulan klip promosinya yang tular di media sosial.
Drama ini mengangkat kisah realiti suami yang menuntut hak berpoligami serta konflik anak yang menghambakan ibubapa, menjadikan penceritaannya dekat dengan isu semasa dan masyarakat.
Dibarisi barisan pelakon ternama seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Zaleha Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Raja Azmi, Shweta Sekhon, Hana Aqeeqa dan Datin Fadilah Mansor, drama ini dijangka menjadi antara tarikan utama dalam slot Megadrama.
Membawakan watak Pak Su, Que Haidar mengakui teruja menerima tawaran drama ini kerana berpeluang bergandingan bersama Ummi Nazeera yang banyak membantunya sepanjang penggambaran, selain sokongan pelakon berpengalaman lain termasuk Dian P Ramlee.
Sementara itu, Ummi Nazeera menyifatkan Que Haidar sebagai seorang yang pemalu pada pertemuan pertama, namun kagum dengan kebolehannya menampilkan lakonan bertenaga sehingga berjaya menutup sifat tersebut di hadapan kamera.
Pak Su Ammara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka







