Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Masyarakat Cina rakan strategik Kerajaan bangun negeri Sabah 

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat Tionghua di negeri ini diseru agar menjadi rakan strategik pembangunan untuk membina Sabah yang berdaya maju. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat Tionghua turut digesa agar menjadi rakan kemajuan serta terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah. 

Beliau berkata, aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk terus memperkasa Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) bagi memacu pertumbuhan ekonomi, modal insan, dan kesejahteraan rakyat.  

“Melalui SMJ 2.0, kita memastikan kemajuan ini bersifat inklusif untuk semua dan kemakmuran negeri dinikmati secara inklusif tanpa mengira kaum dan latar belakang rakyat, kerana perpaduan adalah kunci utama kestabilan dan kemakmuran negeri ini,” katanya.   

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Tahun Baharu Cina 2026, di sini pada Ahad. 

Hajiji berkata, Tahun Baharu Cina yang melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan harapan baharu bukan sekadar mencerminkan kekayaan warisan budaya masyarakat Tionghua, malah menjadi wadah yang memperkukuh keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sabah. 

“Tahun 2026 yang disambut sebagai Tahun Kuda Api membawa simbol tenaga, keberanian, dan inovasi.  

“Semangat ini menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju dengan perancangan tersusun dan kerjasama erat demi pembangunan Sabah yang mampan dan seimbang. 

“Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua di Sabah khususnya dan di seluruh negara amnya,” katanya. 

LEAVE A RESPONSE