Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Masalah Sampah di Semporna Masih Tidak Selesai Selepas 30 Tahun Kata DAP Sabah

Read Time:3 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU –  Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Yap Wui Lip membidas kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal yang mendakwa Semporna merupakan bandar paling bersih ketika beliau menjadi Ketua Menteri, dengan menyifatkan dakwaan itu sebagai “pembohongan terang-terangan” serta satu penghinaan terhadap kecerdikan rakyat.

Menurut Yap, sejak 22 Mei 2019 lagi, seorang penulis blog dari China telah menerbitkan artikel di platform popular Sohu bertajuk “Semporna, Malaysia — A Paradise Buried in Garbage, Plastic and Tourists!” yang menggambarkan keadaan Semporna penuh dengan sampah sarap dan berbau busuk. Laporan mengenai isu berkenaan turut disiarkan dalam berita Mandarin 8TV, yang pernah menamakan Semporna sebagai “bandar sampah.”

“Namun hari ini, Shafie tanpa segan silu menafikan perkara itu semata-mata untuk membalas kenyataan Nga Kor Ming yang menegur beliau supaya memberi tumpuan kepada khidmat terhadap kawasannya sendiri,”

Malah beliau bukan sahaja berbohong tanpa rasa malu, malah cuba meletakkan kesalahan kepada majlis daerah. Pemimpin seperti ini di mana integritinya soal Yap dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Yap yang  turut merujuk laporan Sin Chew Daily bertarikh 18 November 2018, yang melaporkan Shafie ketika itu sebagai Ketua Menteri berikrar menjadikan Semporna bandar paling bersih menjelang Mac 2019, malah mengetuai kempen pembersihan bersama pegawai kerajaan tempatan dan penduduk.

“Namun janji itu gagal ditunaikan. Sebaliknya, Semporna menjadi terkenal di peringkat antarabangsa kerana masalah sampah, sehingga mencetuskan rasa malu di seluruh negara. Ia membuktikan sekali lagi bahawa Shafie hanya pandai bercakap kosong — seorang ahli politik lama yang menjadi penghalang kemajuan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Yap turut mengkritik ADUN Warisan Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin kerana didakwa memutarbelit fakta dan membela Shafie secara membuta tuli.

“Selepas lima tahun menjadi wakil rakyat, Justin Wong masih tidak faham sistem politik Malaysia. Demi memuaskan hati ketuanya, beliau memilih untuk memesongkan fakta, mengelirukan rakyat dan cuba meraih simpati menjelang pilihan raya negeri,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang tiga dekad menjadi Ahli Parlimen Semporna, Shafie telah berkhidmat selama 25 tahun dalam kerajaan termasuk sebagai Menteri Persekutuan dan Ketua Menteri Sabah, dengan akses kepada lebih RM1 bilion dalam peruntukan pembangunan sepanjang kerjayanya.

“Namun selepas 30 tahun, Semporna kekal mundur. Infrastruktur daif, masalah kebersihan tidak selesai, dan laut serta bandar terus tercemar dengan sampah. Bukannya menanggung tanggungjawab, Justin Wong pula menyalahkan kerajaan sekarang atas masalah yang Shafie sendiri gagal tangani,” tegas Yap lagi.

Apa Kemajuan Sebenar Yang Dibawa Shafie

Mengulas lanjut, yap turut mempersoalkan apakah kemajuan yang dibawa Sahafie Ke Semporna.

“ Mengapa jalan dan pantainya masih dipenuhi sampah? Mengapa Semporna masih dirakam dan diejek oleh pelancong asing sebagai destinasi kotor?” soal Yap.

“Sejarah tidak boleh dipadamkan, dan kemunduran Semporna membuktikan kelemahan Shafie. Selama 30 tahun, isu asas seperti kutipan sampah pun gagal diselesaikan. Bagaimana rakyat boleh percaya beliau mampu memimpin Sabah ke arah masa depan yang lebih baik?”

Yap turut mempersoalkan apakah pembaharuan yang dibuat ketika Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar, dimana beliau mempunyai kuasa untuk menangani isu air, elektrik dan jalan raya di Semporna. Malah ketika menjadi Ketua Menteri, beliau mengawal sumber negeri namun gagal membawa perubahan sebenar.

Sementara itu, Yap yang turut mengecam kenyataan Justin Wong yang meminta pengundi supaya tidak memilih calon berdasarkan khidmat mereka kepada rakyat.

“Kenyataan itu menunjukkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat dengan ikhlas. Ia pengakuan bahawa selama lima tahun menjadi wakil rakyat, beliau tidak berbuat apa-apa untuk masyarakatnya,” katanya.

Yap yakin pengundi Sabah dapat menilai sendiri taktik politik sedemikian dan akan membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Di bawah pimpinan Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, pasukan baharu DAP akan terus memperjuangkan dasar Tiga Kebaikan — kesejahteraan rakyat, ekonomi mampan, dan kebajikan menyeluruh,” katanya.

“Kami menyeru rakyat Sabah memberi mandat lebih kuat kepada DAP dalam pilihan raya akan datang supaya lebih ramai wakil DAP dapat ke Dewan Undangan Negeri dan membawa perubahan sebenar berasaskan kepentingan rakyat katanya.

LEAVE A RESPONSE