Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Maritim Malaysia tahan tujuh vesel nelayan asing di perairan Tanjung Kalutan

Read Time:1 Minute, 2 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan tujuh Vesel Nelayan Asing (VNA) warga Filipina yang menceroboh perairan negara di sekitar Tanjung Kalutan, Pulau Balambangan, hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Kudat Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, pencerobohan itu dikesan menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah sebelum dua buah bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi yang telah dikenalpasti.

“Kesemua vesel berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati 21 individu termasuk tekong berusia di antara 17 tahun hingga 60 tahun berada di atas vesel-vesel terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hasbullah berkata, vesel-vesel terbabit bersama kru telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel, Sabah Port Kudat bagi siasatan lanjut.

Katanya, jumlah kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM100,000.

Menurut beliau lagi, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan perairan negara dan akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan, khususnya di perairan berisiko tinggi.

Katanya, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di di perairan negara ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

LEAVE A RESPONSE