Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Mahkamah tolak permohonan DNAA Albert Tei

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen menolak permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang dikemukakan pasukan guaman mewakili ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, selepas beliau gagal hadir ke mahkamah kerana mendakwa tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Peguam Edward Paul memohon DNAA atas alasan perintah larangan kemasukan itu merupakan larangan sepenuhnya (total ban) ke atas anak guamnya.

Hakim Jason Juga menetapkan 28 November untuk sebutan pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) seterusnya dan mengarahkan supaya notis pendengaran dikeluarkan.

Hakim Jason turut memaklumkan bahawa pada masa akan datang, pihak pembelaan boleh memohon agar tertuduh menghadiri PTCM atau sebutan kes melalui aplikasi Zoom.

Mahkamah juga mengarahkan pihak pendakwaan berurusan dengan Jabatan Imigresen bagi membolehkan tertuduh masuk ke Sabah untuk perbicaraan kes ini

Albert Tei berdepan dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah iaitu Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Berita lanjut menyusul….

LEAVE A RESPONSE