Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Mahkamah benarkan ibu Zara jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam permohonan semakan kehakiman yang bertujuan untuk membatalkan inkues berhubung kematian anaknya.

Permohonan itu dibuat terhadap permohonan kebenaran (leave) bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Celestina Stuel Guntalid, membuat keputusan itu selepas membaca hujah bertulis daripada pihak Noraidah dan Pembela serta penjelasan lisan daripada Pembela.

Mahkamah turut memerintahkan Pembela untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada Noraidah pada hari ini dan esok.

Mahkamah menetapkan e-review 26 Mac untuk arahan lanjut.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

LEAVE A RESPONSE