Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lingkaran ular sawa batik disangka tali kejutkan penduduk

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Raul G

Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila menyaksikan seekor ular sawa batik yang disangka tali pada awalnya, bertindak agresif di halaman rumahnya berhampiran Jalan Penempatan Telipok di sini, hari ini.

Pengadu, Ben Hafis, 50, berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedarinya ketika dia meninjau kawasan ternakan ayam selepas mendengar bunyi bising.

“Sambil menyuluh ruangan reban ayam, saya melihat satu lingkaran objek dan saya menyangka ianya tali kapal yang disimpan di sana”.

“Namun, sangkaan saya meleset apabila objek yang mula bergerak itu rupanya seekor ular sawa batik dan bertindak agresif sebaik menyedari kehadiran saya,” katanya.

Bimbang akan keselamatan keluarga, Ben menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran dan Unit Tamparuli, Nur Azierah Alang, berkata, selepas pihaknya menerima aduan jam 5.20 pagi, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, skuad APM mendapati reptilia berukuran panjang tiga meter itu berada di celah timbunan papan dan bertindak menangkap ular terbabit”.

“Operasi mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap reptilia seberat 13 kilogram terbabit selepas berjaya dijinakkan,” katanya dihubungi.

Tambah Nur Azierah, operasi selesai pada jam 6.52 kemudian manakala reptilia itu dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.

LEAVE A RESPONSE