Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lima Sekeluarga Maut di Kuantan, Disyaki Dibunuh Ketua Keluarga Sendiri – Sabah News

KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga ditemui maut dalam kejadian disyaki bunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai di sini, hari ini.

Memetik laporan Bernama di lokasi, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata kejadian kira-kira 7 pagi itu melibatkan dua kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun, ibu bapa mereka berusia 32 dan 28 tahun, serta nenek berusia 55 tahun.

Beliau berkata polis menemui mayat suami, isteri dan dua anak mereka di dalam sebuah bilik tidur, manakala mayat nenek ditemui di dapur rumah teres setingkat itu.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam yang disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri.

“Terdapat mangsa dengan kesan kecederaan yang jelas. Kejadian disedari adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah ketika itu sebelum mendapatkan bantuan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki itu kembali tinggal di rumah keluarganya kira-kira sebulan lalu selepas berhenti kerja di Selangor dan hanya mula bekerja di Kuantan sejak seminggu lalu.

Yahaya berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan motif kejadian belum dikenal pasti.

LEAVE A RESPONSE