Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lima lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik di Sandakan


Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN— Polis menahan lima lelaki dalam operasi khas membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Narkotik yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini semalam.

Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 8 malam, melibatkan kawasan Kampung Gas di Jalan Batu Sapi serta Taman Mawar di Jalan Sibuga.

Dalam operasi itu, polis menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine (syabu), dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, dua lagi lelaki turut ditahan di lokasi berhampiran dan berasingan selepas disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.

Kesemua suspek kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, dan hasil ujian mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan operasi turut membantu Balai Polis Ulu Dusun menjalankan ujian saringan awal air kencing terhadap seorang lagi lelaki di Pejabat BSJND IPD Sandakan.

Hasil ujian mendapati suspek turut positif dadah jenis methamphetamine, dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman menegaskan bahawa pelaksanaan operasi tersebut adalah selaras dengan komitmen polis untuk terus mempergiat usaha membanteras jenayah dadah di daerah Sandakan.

LEAVE A RESPONSE