Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lelaki warga asing kantoi seludup rokok tidak bercukai

TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup rokok tidak bercukai bernilai lebih RM63,000 gagal apabila dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu operasi khas di Kampung Sungai Buaya, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau menemui sebanyak 66 kotak rokok pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam bungkusan plastik hitam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, seorang lelaki warga asing turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui sebuah kenderaan jenis Ford Ranger yang dipercayai digunakan suspek untuk mengangkut rokok tidak bercukai tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk rokok dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM63,240,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Mohd Nazri, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menyimpan barang larangan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited membanteras segala bentuk jenayah penyeludupan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan haram itu. – SABAH MEDIA / FOTO PPM

LEAVE A RESPONSE