Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki rosakkan harta benda ibu dipenjara 12 bulan, didenda


Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2,000, atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Majistret di sini kerana merosakkan harta benda di rumah ibunya bernilai RM11,447.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman terhadap Daniel Aaron Sahamin, 39, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Daniel mengaku melakukan khianat terhadap harta benda di rumah ibunya di Penampang pada 25 Februari lalu.

Menurut pihak pendakwaan, Daniel bertindak agresif dan merosakkan harta benda berkenaan selepas ibunya tidak bersetuju dengan hasratnya untuk membawa seorang wanita lain ke rumah tersebut sedangkan dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ibu Daniel yang bimbang akan keselamatannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Daniel juga didakwa membuat ugutan secara lisan untuk menyebabkan kematian terhadap ibunya yang berusia 72 tahun di lokasi sama kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan. Daniel dibenarkan diikat jamin RM1,600 dengan dua penjamin tempatan bagi pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE