Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Lelaki dipenjara, simpan dan pindahkan harta curi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyimpan dan memindahkan harta curi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Nazrul dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan kerana dengan niat curang menerima dan menyimpan harta curi, iaitu dua buah kipas angin milik seorang lelaki pada 10 Mac, kira-kira jam 1.30 tengah hari, di UUC Apartment, Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan kerana dengan niat curang memindahkan harta curi, iaitu sebuah televisyen, satu unit adapter, satu unit alat kawalan jauh, sebuah microwave jenama Panasonic, dan sebuah patung beruang pada masa dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan ini, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan kesemua ekshibit dikembalikan kepada pemilik asal.

LEAVE A RESPONSE