KOTA KINABALU: Seorang jurujual yang didakwa menggunakan wang palsu RM50 sebagai tulen dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.
Jeremy Vun, 30, dilepaskan dan dibebaskan (DNA) tanpa perlu dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Elsie Primus di akhir kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi semasa perbicaraan.
Jeremy didakwa menggunakan wang palsu tersebut pada 20 April lalu, jam 2.19 pagi, di kedai serbaneka Orange Lintas Jaya dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Peguam Lim Chun Yuan mewakili Jeremy.






