Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lagi pendedahan baharu dalam inkues Zara kejutkan Mahkamah

KOTA KINABALU: Sekeping kertas mengandungi tulisan berkaitan Zara Qairina Mahathir yang ditemui sebelum kejadian telah didedahkan di Mahkamah Koroner, hari ini.

Pendedahan oleh Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari Abd Sagap, yang dipanggil semula hari ini untuk memberi keterangan dalam inkues Zara, telah mengejutkan Mahkamah.

Menurut Azhari, kertas berkenaan telah diserahkan kepadanya oleh pelajar yang dikenali sebagai Pelajar D, selepas ia ditemui tergantung di pagar koridor sekolah semasa aktiviti gotong-royong.

Azhari turut menjelaskan bahawa kertas itu ditemui sebelum kejadian berlaku, iaitu ketika aktiviti gotong-royong diadakan dan kertas berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis pada minggu berikutnya selepas menerimanya daripada Pelajar D.

Susulan pendedahan tersebut, Koroner Amir Shah Amir Hassan menangguhkan prosiding inkues ke esok hari dan menyuarakan harapan agar tiada lagi kejutan baharu dalam prosiding berkenaan.

“Saya mahu semua dokumen dicetak. Pastikan ini adalah kejutan terakhir. Satu demi satu keluar jadi mnta semua dokumen dikemukakan supaya semua pihak mempunyai masa mencukupi untuk membaca… Untuk berlaku adil inkues ini disambung esok,” katanya.

LEAVE A RESPONSE