Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

KWKKR perkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tibi di Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) terus memperkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tuberkulosis (tibi) di negeri ini bagi memastikan kesihatan awam sentiasa terkawal.

Menterinya, Datuk Julita Majungki, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah proaktif dalam menangani penularan penyakit berjangkit berkenaan.

“Kita menyelaras rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan rawatan kepada rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya kekal bertenang, berwaspada serta segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik dan memastikan pengudaraan mencukupi di kediaman atau tempat kerja sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, Julita turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tandek dan SMK Tandek 2, Kota Marudu pada Sabtu susulan kejadian banjir akibat hujan berterusan.

Katanya, PPS beroperasi dengan baik hasil penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Beberapa kampung termasuk Kampung Beliajung, Kampung Tandek dan Kampung Marasinsim terjejas, dengan operasi menyelamat dan pemindahan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak polis. Keluarga yang terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan cuaca dilaporkan semakin stabil dengan paras air menunjukkan trend penurunan dan setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.

Tambah Julita, kementeriannya akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan bantuan serta sokongan kepada komuniti terjejas disalurkan secara berterusan.

LEAVE A RESPONSE