Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

KKTP jelajah 25 majlis daerah, dapatkan maklum balas PBT

Read Time:1 Minute, 28 Second

MEMBAKUT : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan mengadakan jelajah ke 25 majlis daerah di seluruh Sabah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan serta cadangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata jelajah itu akan bermula minggu depan dengan lawatan ke beberapa daerah termasuk Penampang, Putatan, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

“Dalam tempoh dua minggu pertama, lima majlis daerah akan dikunjungi sebelum jelajah diteruskan ke Sandakan seterusnya ke Tawau.

“Keseluruhannya, terdapat 25 majlis daerah termasuk majlis perbandaran di Sabah yang akan disantuni bagi mendapatkan taklimat secara langsung daripada pihak majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping, di sini pada Sabtu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, jelajah KKTP itu akan dilaksanakan serentak dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang akan memperkenalkan inisiatif Tadarus Subuh.

“Tadarus Subuh akan diisi dengan program khatam Al-Quran pada waktu subuh serta aktiviti bagi menggalakkan amalan bertadarus sepanjang tahun.

“Setiap program dijangka melibatkan lebih 300 peserta dan kita akan mengenal pasti lokasi sesuai di setiap daerah untuk pelaksanaannya,” katanya.

Tambah beliau, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), JHEAINS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah turut melaksanakan program masing-masing dengan menyantuni masjid di daerah terlibat.

“Kita juga akan menyalurkan bantuan utiliti kepada masjid serta mengenal pasti keperluan pembaikan melibatkan masjid dan sekolah agama.

“Selain itu, saya akan melawat projek pembangunan sedia ada dan yang sedang dilaksanakan seperti sekolah agama negeri, masjid serta surau,” tambahnya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih serta Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar.

LEAVE A RESPONSE