Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Ketua Menteri sambut Aidilfitri dengan media Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan media Sabah di Magellan Sutera Resort, di sini pada Sabtu.

Antara yang hadir ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Datuk Jimmy Goh, ketua-ketua pengarang, ketua ketua biro bersama lebih 200 pengamal media.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah Yayasan Sabah,Datuk Ghulam Khan Bahadar dan ketua-ketua jabatan.

Dalam ucapan alu-aluan mewakili Ketua Menteri, Pengarah Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong menyampaian penghargaan atas komitmen dan dedikasi rakan-rakan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, baik melalui media kerajaan, media arus perdana mahupun media sosial.

Beliau berkata umum tahu bahawa media memainkan peranan yang amat penting sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat.

“Kami menghargai peranan media menyampaikan dasar-dasar Kerajaan dengan jelas dan dalam masa yang sama membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Namun kata beliau, walaupun peranan media pada hari ini menuntut kepantasan, namun ia tidak harus mengabaikan ketepatan.

“Dalam era lambakan maklumat, media yang efektif adalah media yang menyebarkan berita yang sahih, sekali gus menjadi rujukan utama masyarakat dalam membentuk fakta yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Pejabat Media dan Komunikasi akan terus memastikan segala laporan dan berita berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dikongsikan kepada pihak media, dengan cepat dan tepat, untuk dihebahkan dalam media masing-masing.

“Pihak kami juga akan memastikan kerjasama dengan media terus diperkukuhkan,” katanya.

LEAVE A RESPONSE