Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Ketua Menteri Pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah – Sabah News

Screenshot

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bilangan Pertama Tahun 2026 yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, selain memperkemas penyelarasan serta kerjasama strategik antara agensi berkaitan.

Mesyuarat itu juga merupakan usaha untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negeri serta negara daripada sebarang ancaman.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof; Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor B. Sanjos; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali; Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan; serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.

Mesyuarat JKKN merupakan platform penting kerajaan negeri dan agensi keselamatan untuk menyelaras tindakan bersepadu, khususnya dalam mendepani cabaran keselamatan semasa termasuk isu jenayah rentas sempadan, pencerobohan, keselamatan maritim serta ancaman bukan tradisional yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kestabilan negeri.

Kerajaan negeri menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Sabah sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan pembangunan negeri.

LEAVE A RESPONSE