Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kes pecah amanah RM1.7 juta: Pengarah syarikat bebas

KOTA KINABALU: Seorang pengarah syarikat dibebaskan daripada dua pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan jumlah keseluruhan RM1.7 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, memerintahkan Wong Kim Hing, 53, dilepaskan dan dibebaskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Bagi pertuduhan pertama, Wong didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM 1,507,574.80 antara 28 April hingga 29 Disember 2021 di Syarikat Waricon Construction Sdn Bhd, Metro Town.

Bagi pertuduhan kedua, Wong didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM200,669 antara 22 Julai hingga 12 September 2022 di tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan dengan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi, manakala pihak pembelaan memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dan pasport Wong dikembalikan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala Wong diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

LEAVE A RESPONSE