Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Kes Hina Mahkamah: Mona Din didenda RM300, Shafie didengar tahun hadapan


KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Februari tahun hadapan untuk mendengar kes menghina mahkamah membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataan yang didakwa berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Mohd Shafie tidak hadir ke mahkamah hari ini dan kehadirannya dikecualikan.

Peguam Chen Ket Chuin KC, Jakariya Ab Jalil dan Batholomew Jingulam mewakili Shafie.

Pasukan guaman memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah memfailkan permohonan untuk membatalkan prosiding komital pada 15 Disember.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalan mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Che Muna Din, atau lebih dikenali sebagai Mona Din, mengaku bersalah atas kesalahan sama dan didenda RM300, atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda.

Mona Din diwakili peguam Jul Hamri Jumhani.

LAGI MENYUSUL….

LEAVE A RESPONSE