Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Kerusi DUN Lamag diisytihar kosong selepas pemergian Bung Moktar


KOTA KINABALU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya dalam kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai kekosongan luar jangka itu telah dihantar kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah pada hari ini, selaras dengan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah, saya selaku Speaker DUN Sabah telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 9 Disember 2025 kepada Pengarah SPR Sabah bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 5 Disember 2025,” katanya.

Beliau berkata, urusan selanjutnya kini diserahkan kepada SPR Sabah bagi menentukan tindakan dan proses yang perlu diambil, termasuk penetapan tarikh pilihan raya kecil jika diperlukan.

Kadzim turut merakamkan ucapan takziah bagi pihak DUN Sabah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.- SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE