SANDAKAN: Ketua Bahagian Karamunting Gagasan Rakyat, Datuk George Hiew Vun Zin, menegaskan kebersihan Pasar Bandar Ramai-Ramai adalah tanggungjawab bersama semua pihak, termasuk peniaga dan pengunjung.
Gesaan itu dibuat selepas pasukan khidmat beliau membersihkan parit utama pasar yang sering tersumbat akibat pembuangan sampah dan sisa minyak yang tidak terurus.
“Pasukan Petugas kami sudah berulang kali turun membersih, namun masalah berulang. Kami harap semua pihak lebih peka dan bertanggungjawab,” tegasnya.
Hiew menekankan, pasar yang bersih bukan sahaja mencerminkan imej komuniti malah penting untuk menarik pelanggan dan menyokong ekonomi tempatan.
“Pasar ini nadi ekonomi penjaja tempatan. Marilah kita jaga bersama untuk kepentingan semua,” tegasnya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada peniaga yang bekerjasama dan membantu melaporkan masalah tersebut.
“Pasukan Petugas saya akan terus memantau dan membersihkan kawasan tumpuan awam lain bagi memastikan persekitaran yang selamat dan selesa,” katany.