Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Kerajaan terus komited sejahterakan rakyat, dividen RM4.6 juta bukti keprihatinan


SANDAKAN :  Pembayaran dividen berjumlah RM4.6 juta kepada para peneroka khususnya di wilayah timur membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha mensejahterakan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata, inisiatif pembayaran dividen itu mencerminkan kesungguhan kerajaan membantu rakyat melalui pendekatan ekonomi yang mampan dan berterusan.

“Pembayaran dividen ini adalah antara usaha kerajaan bagi memastikan rakyat, khususnya para peneroka, turut menikmati hasil daripada pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dividen Peneroka  Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah  (LKTNS) yang berlangsung di sini, baru-baru ini 

Menurut Hazem, kerjasama erat antara peneroka dan LKTNS jelas membuahkan hasil yang positif serta memberi pulangan bermanfaat kepada semua pihak terlibat.

“Kerjasama strategik seperti ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan agar manfaatnya dapat dinikmati secara berpanjangan oleh peneroka dan komuniti setempat,” katanya lagi.

Dalam majlis berkenaan, LKTNS menyerahkan dividen keseluruhan berjumlah RM4.6 juta kepada peneroka LKTNS, sekali gus mencerminkan prestasi pengurusan yang baik serta potensi ekonomi projek yang dilaksanakan.

Hazem turut berharap inisiatif seumpama itu akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program pembangunan ekonomi rakyat pada masa akan datang.

LEAVE A RESPONSE