Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kerajaan Sabah bantu mangsa kebakaran SAN Pekan Tambunan

Read Time:1 Minute, 3 Second

TAMBUNAN: Kerajaan Negeri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri menyalurkan bantuan khas berjumlah RM57,250 bagi membantu guru-guru yang terjejas dalam insiden kebakaran Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan.

Bantuan Khas berupa wang tunai itu disampaikan oleh Timbalan Setiausaha PHEDNP, Mohd Rizan Abran dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Pejabat Daerah Tambunan, di sini pada Selasa.

Mohd Rizan berkata, bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban guru-guru terbabit yang kehilangan pelbagai peralatan pengajaran serta barangan peribadi akibat kebakaran yang berlaku pada 12 Oktober 2025 lalu.

Katanya, kejadian itu bukan sahaja memusnahkan sebahagian kemudahan sekolah, malah turut menyebabkan bahan pengajaran, peralatan elektronik serta harta peribadi milik guru terlibat hangus dijilat api.

“Kerajaan Negeri prihatin dengan kesukaran yang dihadapi mangsa terlibat dan berharap bantuan khas ini dapat membantu mereka menggantikan keperluan asas serta peralatan mengajar yang musnah,” katanya.

Antara yang menerima bantuan khas itu ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Ahmad Subri Janing, yang kehilangan komputer riba serta bahan pengajaran apabila pejabat dan peralatan kerja musnah dalam kebakaran itu.

Turut menerima bantuan khas ialah beberapa guru lain yang kehilangan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), fail pengajaran, buku rujukan, peralatan audio seperti pembesar suara pengajaran serta barangan peribadi termasuk peralatan rumah dan kenderaan.

LEAVE A RESPONSE