Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Kejohanan Pickleball JPN x PIBKS perkukuh silaturahim warga pendidikan dan komuniti


Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sebanyak 20 pasukan melibatkan seramai 40 peserta menyertai Kejohanan Pickerball JPN x PIBKS yang berlangsung di Infinity Sport Arena di sini pada Sabtu.

Kejohanan tertutup yang julung kali dianjurkan itu melibatkan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah

Pengerusi PIBKS Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, kejohanan yang diadakan itu adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara PIBKS dan JPNS.

“Alhamdulillah, kita melihat sambutan peserta yang menyertai hari ini sangat menggalakkan. Meskipun ini adalah sukan baharu, namun Pickerball dilihat mula diminati oleh pelbagai peringkat usia.

“Saya juga melihat aktiviti sihat seperti ini perlu diperbanyakkan lagi khususnya melibatkan warga pendidik dan juga komuniti, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang sukan juga perlu dilaksanakan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kejohanan itu di sini.

Hadir menyaksikan kejohanan itu Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

Sementara itu, Arif turut mencadangkan agar sukan Pickerball diperkenal dan turut dilaksanakan dalam acara sukan diperingkat sekolah khususnya di Sabah.

“Justeru saya mencadangkan agar sukan Pickerball dapat dibawa atau diperkenalkan diperingkat sekolah kerana ia amat baharu dan boleh memberi peluang kepada pelajar mewakili sekolah sehingga peringkat antarabangsa,” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan yang diwakili Gabriel George dan ⁠Muhaimin Mohd Ridzuan muncul juara dan gandingan Musa Mustapha Muhammad Gaddafi ditempat kedua.

Manakala pasangan Sofian Saidin dan ⁠Izlan Haimin ditempat ketiga dan Nur Zahiera Ismail bersama Kamarul Mailun ditempat keempat.

Kejohanan sehari itu turut dikendalikan oleh Bounce Pickleclub.  – SABAH MEDIA 

LEAVE A RESPONSE