Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kebajikan rakyat sentiasa diutamakan | Sabah Media

KOTA KINABALU: Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, termasuk ketika berdepan musibah seperti kebakaran yang berlaku di Kampung Pasir Putih, Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, hari ini mengadakan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Putatan bagi menyantuni mangsa kebakaran yang terjejas, selain menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Seramai 69 mangsa daripada 20 keluarga kini ditempatkan di PPS berkenaan susulan kejadian kebakaran kira-kira jam 1.30 petang Isnin yang memusnahkan sembilan buah rumah, manakala sebuah lagi terjejas teruk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Shah Alfie bersama isterinya (dua dari kanan) melawat mangsa di PPS

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, turut mengadakan lawatan ke PPS tersebut semalam bersama isteri, Nurul Diyana Yassin.

Dalam lawatan berkenaan, beliau menyampaikan sumbangan serta meninjau keadaan mangsa bagi memastikan keperluan asas mereka terus diberi perhatian.

Kesemua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Sri Putatan sementara menunggu perkembangan lanjut berkaitan bantuan dan penempatan.

LEAVE A RESPONSE