Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kampung Mempulut bakal ada kemudahan dewan terbuka sendiri

Oleh Silar Pinikit

SOOK: Penduduk Kampung Mempulut akan mempunyai kemudahan dewan terbuka dalam masa terdekat.

Dewan terbuka yang bakal memberi keselesaan kepada penduduk kampung itu kini dalam proses pembinaan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin berkata, apabila dewan terbuka itu siap kelak ia akan memberi keselesaan kepada penduduk bukan sahaja untuk kemudahan menjalankan aktiviti kemasyarakatan tetapi juga untuk beriadah.

“Inilah antara usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan masyarakat di kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan yang selesa dan berkualiti seperti yang dinikmati oleh masyarakat bandar” katanya selepas meninjau pembinaan dewan terbuka itu hari ini.

Justeru itu katanya, rakyat perlu terus menyokong kerajaan GRS agar pembangunan seperti ini dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Sementara itu penduduk kampung yang ditemui rata-rata melahirkan rasa gembira dengan kewujudan dewan terbuka kampung itu yang lama mereka nanti-nantikan.

Mereka berkata, apabila dewan terbuka itu siap kelak ia akan memberi keselesaan kepada masyarakat kampung semasa mengadakan majlis atau keramaian.

LEAVE A RESPONSE