Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kadar zakat fitrah Sabah ditetapkan RM7.50 dan RM15

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Kadar zakat fitrah di Sabah bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada dua kadar iaitu pada kadar RM7.50 dan RM15 seorang dan wajib ditunaikan oleh umat Islam yang bermastautin di negeri ini.

Pengisytiharan kadar zakat fitrah itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin pada majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2026M / 1447H, di sini, pada Selasa 

Yahya berkata, kadar pertama berjumlah RM7.50 bagi setiap umat Islam yang menggunakan beras putih import dan kadar kedua berjumlah RM15 ke atas setiap umat Islam yang menggunakan beras wangi.

Katanya, kadar itu adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan dua point tujuh (2.7) kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri Sabah.

Hadir sama menyaksikan pengisytiharan itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasneh; Mufti Kerajaan Negeri Sabah Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Selasa,17 Februari bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Umat Islam dijangka menunaikan ibadah puasa sempena Ramadan tahun ini pada 19 Februari ini. SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE