Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Juhari Janan turun padang, mantapkan jentera GRS Sukau menjelang PRN17

SUKAU :  Ketua Bahagian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sukau, Datuk Juhari Janan, bersama rombongan jentera parti telah turun padang ke Kampung Paris di sini pada Sabtu, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Lawatan ini memberi peluang kepada Juhari untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk setempat, sambil memastikan kesediaan jentera parti di peringkat akar umbi.

Program dimulakan di Kampung Paris I, di mana Juhari menyerahkan sumbangan lampu solar kepada penduduk, sebagai pemenuhan janji yang pernah dibuat sebelum ini.

“Janji ditepati. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kita untuk membawa kemajuan ke Sukau,” katanya.

Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke Kampung Paris 3 bagi sesi muafakat dan perbincangan bersama penduduk serta anggota jentera parti.

Lawatan diakhiri di Kampung Sri Tekala Paris II, di mana Juhari berinteraksi dengan golongan belia dan meninjau bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) GRS setempat, memastikan jentera parti bersedia menghadapi pilihan raya.

Keseluruhan program berlangsung lancar dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Aktiviti ini diharap dapat mengukuhkan hubungan antara GRS dan komuniti setempat, sambil memperkukuh persiapan menghadapi PRN Ke-17. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE