Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

JPJ tawar pengurangan saman 50 peratus hingga hujung tahun

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan kompaun saman sebanyak 50 peratus kepada orang awam bagi tempoh dua bulan bermula 1 November hingga 31 Disember 2025.

Pengarah JPJ, Datuk Mohd Harris Ali, berkata inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelesaikan tunggakan saman mereka dengan kadar lebih rendah.

“Kita menggesa semua rakyat Sabah supaya mengambil peluang ini dalam tempoh dua bulan ini untuk menjelaskan saman masing-masing bagi semua jenis kesalahan, kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu kes yang perlu dibawa ke mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas mengetuai Operasi Khas Bersepadu JPJ bersama agensi penguatkuasaan yang lain di Jalan UMS -Indah Permai pada malam Khamis.

Sementara itu, beliau berkata JPJ turut melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ sebagai usaha berterusan meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, lebih 50 program advokasi keselamatan jalan raya akan diadakan sepanjang kempen itu, termasuk pameran, ceramah kesedaran, pengedaran kit keselamatan, program advokasi serta kempen bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah (MKJR) dan beberapa rakan strategik termasuk pihak media.

JPJ  turut menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai platform utama e-aduan selain SISPAA, [email protected], dan [email protected] bagi membantu pihaknya mengambil tindakan segera terhadap pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

LEAVE A RESPONSE