Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

KOTA KINABALU : Jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas di sini kira-kira jam 2.15 petang.

Jenazah sebelum itu dimandikan, dikafankan seterusnya disembahyangkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat Jumaat.

Kenderaan membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 1.45 petang.

Perjalanan terakhir bekas Timbalan Ketua Menteri itu berlangsung dalam keadaan cuaca mendung dengan dihadiri ribuan orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan.

Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta pada pukul 1.46 pagi Jumaat. 

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia politik Sabah, khususnya di kalangan masyarakat Kinabatangan yang beliau wakili selama lebih dua dekad. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE