Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Jamawi gesa siasatan penuh insiden brek gagal berfungsi di Tenom

Read Time:1 Minute, 0 Second

TENOM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Jamawi Jaafar meminta agar Jabatan Keretapi Negeri Sabah menjalankan siasatan penuh berhubung insiden masalah brek gagal berfungsi membabitkan sebuah kereta api yang membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, langkah-langkah segera juga perlu diambil bagi memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dan kejadian sama tidak berulang.

Jamawi yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan turut memohon agar Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mempercepatkan pelaksanaan projek pembinaan jalan raya Tenom–Pangi yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah pada awal tahun lalu.

“Dimaklumkan kontraktor bagi projek tersebut juga telah dilantik. Justeru, saya berharap pelaksanaannya dapat disegerakan demi kemudahan dan keselamatan penduduk, khususnya guru-guru serta pelajar yang bergantung kepada laluan ini setiap hari,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa aspek keselamatan pengguna pengangkutan awam, terutama di kawasan pedalaman seperti Tenom dan Pangi, tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan.

Terdahulu, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu dalam perjalanan membawa beberapa guru ke SK Pangi.

“Tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motosikal di atas landasan berjaya membantu menghentikan kereta api tersebut sekali gus mengelakkan kejadian lebih buruk,” tambah Jamawi.

LEAVE A RESPONSE