Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Isnin komited teruskan amanah, utamakan penyampaian kemudahan rakyat

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh yang mengangkat sumpah ke jawatan Pembantu Menteri pada Selasa menyatakan komitmen penuh untuk meneruskan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Beliau berkata, ia adalah bagi memastikan segala kemudahan dan keperluan rakyat terus diberi keutamaan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk kembali menggalas jawatan berkenaan, sekali gus memberi ruang untuk meneruskan usaha dan kesinambungan kerja yang telah dimulakan sebelum ini.

“Insya-Allah, tugas yang dipertanggungjawabkan akan saya galas sebaik mungkin. Kita akan teruskan segala usaha dan kerja yang telah dilaksanakan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengangkat sumpah ke jawatan Pembantu Menteri di Istana Seri Kinabalu di sini pada Selasa.

Isnin berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan setiap projek dan inisiatif yang telah dirancang dapat diteruskan tanpa gangguan.

Di samping itu katanya, beliau turut mahu memperkemas penyampaian perkhidmatan agar rakyat di semua peringkat dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Kita mahu semua kemudahan sampai kepada rakyat dan insya-Allah kita akan buat yang terbaik demi kepentingan mereka,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan setiap perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seterusnya memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE