Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Inkues Zara: Pengetua dedah laporan rasmi wujud, ‘diserah’ secara lisan

KOTA KINABALU: Laporan rasmi berhubung insiden melibatkan Zara Qairina Mahathir telah ‘diserah’ kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha, Shaharom Hashim, 51, ketika menjawab soalan daripada peguam Shahlan Jufri.

Shaharoom memberitahu Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa laporan rasmi tersebut disediakan oleh Setiausaha Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan.

Shaharom, yang dipanggil semula memberi keterangan susulan pendedahan kewujudan kenyataan bertulis pelajar saksi terdahulu, mengakui ada melihat melihat dan meneliti laporan rasmi berkenaan sebelum dihantar kepada PPD dan JPN, namun bukan melalui beliau secara peribadi.

Beliau juga memaklumkan bahawa laporan tersebut sebanyak tiga muka surat masih ada di dalam telefon bimbitnya.

Susulan pendedahan baharu mengenai kewujudan laporan tersebut, koroner menangguhkan prosiding bagi membolehkan semua pihak meneliti dokumen berkenaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

LEAVE A RESPONSE