Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Hujan berterusan tahap buruk di Sabah sehingga esok — MetMalaysia

KOTA KINABALU:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa daerah di Sabah sehingga Rabu.

Amaran hujan berterusan itu juga berpotensi meningkatkan paras air sungai dan risiko banjir di kawasan rendah.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Penyu dan Beaufort di Bahagian Pedalaman

Turut dilaporkan mengalami cuaca sama adalah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat.

Sementara itu, Sipitang dan Kudat turut diletakkan di bawah kategori amaran tahap waspada.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat berterusan yang melanda sejak awal minggu ini dijangka berterusan dalam tempoh dua hari akan datang disebabkan pengaruh luruan monsun dari Laut China Selatan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berisiko mengganggu aktiviti harian serta perjalanan darat,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE