Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Hospital Duchess of Kent Sandakan mencari waris pesakit

SANDAKAN: Hospital Duchess of Kent sedang berusaha menjejaki waris seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.

Menurut Timbalan Pengarah (Perubatan), Dr. Aminudin Baki Mohamad, pesakit yang dikenali sebagai Anding bin Julius itu memerlukan perhatian segera daripada ahli keluarga.

“Pesakit telah dibawa ke hospital oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada 21 November 2025 setelah ditemui oleh orang awam di kawasan Jalan Old Slipway, bandar Sandakan.

“Beliau mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki akibat luka yang tidak terjaga dan tidak mampu berjalan. Keadaannya memerlukan perhatian khusus,” jelas Dr. Aminudin.

Tambah beliau, sehingga kini tiada ahli keluarga yang datang menziarah atau menjaga pesakit tersebut, dan pesakit sendiri tidak dapat memberikan maklumat mengenai latar belakang keluarganya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pesakit atau ahli keluarganya diharap dapat menghubungi:

Mohamad Johari Omardin
Pegawai Kerja Sosial Perubatan
No. Telefon: 089-248511
No. Telefon: 089-248600 (Samb. 5303/5301)

LEAVE A RESPONSE