Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner memberikan Perintah Kebenaran untuk meneruskan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan pempengaruh media sosial, Che Muna Din, berhubung kenyataan mereka berkaitan kes Zara Qairina Mahathir.
Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan kebenaran (leave application) itu selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalan dan Nadia Mohd Izhar.
Dokumen permohonan akan diserahkan kepada Shafie dan Che Muna, yang juga dikenali sebagai Mona Din, dalam tempoh dua minggu, dan koroner akan menetapkan tarikh pendengaran selepas itu.
Berita lanjut menyusul….