Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Hazem tidak janji bulan dan bintang, fokus bangunkan DUN Sungai Manila

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, menegaskan bahawa beliau tidak menjanjikan “bulan dan bintang”, sebaliknya memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan kawasan itu sekiranya diberi mandat oleh pengundi.

Hazem berkata, keutamaan beliau adalah menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan memastikan setiap amanah dilaksanakan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada penduduk.

“Tanggungjawab membangun Sungai Manila adalah tanggungjawab bersama dan saya akan bersama rakyat. Mandat yang diberikan rakyat adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa komitmen tersebut menjadi asas kepada slogan kempen beliau, “Bersama Membangun Sungai Manila”.

Hazem turut menegaskan bahawa fokus beliau jelas kepada tiga perkara utama: meneruskan legasi pembangunan Hub Pendidikan Sabah, menaik taraf Pekan Muhibbah, serta memperindah Desa Tanjung Pisau sebagai destinasi pelancongan.

Beliau menambah bahawa pembangunan tidak akan tertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja, sebaliknya seluruh DUN Sungai Manila akan terus diberikan perhatian.

“Saya akan terus mendengar masalah rakyat dan berusaha mencari penyelesaian yang sewajarnya,” katanya.

LEAVE A RESPONSE