Read Time:2 Minute, 27 Second
Oleh Editor Sabah Media
Kota Kinabalu – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memainkan peranan penting dalam menyuarakan tuntutan negeri ini, terutama berkaitan hak fiskal dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan.
Memetik Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang berkata bahawa kedua-dua pemimpin negeri itu sentiasa tampil tegas dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan, meskipun dikenali sebagai tokoh yang berperwatakan sederhana di luar mesyuarat.
Kita Tidak usah bergaduh. Bincang elok-elok. Ini Saudara Masidi, saudara ingat tidak Garang ?, dalam mesyuarat dia garang itu ini, itu ini. Saya tidak marah kerana dia bercakap bagi pihak Sabah,” katanya
Anwar turut menggambarkan pendekatan Hajiji yang kelihatan lembut namun tetap tegas apabila membangkitkan tuntutan negeri dalam mesyuarat penting.
“Datuk Seri Hajiji nampaknya lembut, tetapi bila dalam mesyuarat, beliau akan berkata: ‘Bagi pihak negeri Sabah, kita mahu ini, ini.’ Sebab beliau wakil negeri. Itu tanggungjawab beliau,” jelas Anwar ketika berucap di Majlis Perasmian Jelajah Malaysia Digital di Tawau baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata sikap tegas dan konsisten kepimpinan Sabah adalah faktor penting dalam memastikan rundingan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan berlangsung secara harmoni dan berlandaskan semangat Persekutuan.
Dalam pada itu, pagi ini Parlimen turut berbahas mengenai Pemberian Khas 40 Peratus
Menurut Anwar Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah dibuat secara berasingan daripada peruntukan pembangunan lain yang diterima wilayah itu dalam dokumen belanjawan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu), Anwar berkata proses penyediaan belanjawan mengikut tiga jadual iaitu Persekutuan, Negeri dan Bersama, menyebabkan pengiraan pemberian khas perlu ditentukan secara khusus dan teliti.
Menurut Perdana Menteri, beberapa projek besar yang diluluskan dalam Belanjawan 2026 termasuk elektrik, Lebuhraya Pan Borneo dan projek MCMC yang sudah pun mencecah RM7 bilion hingga RM8 bilion, menunjukkan komitmen besar Kerajaan Pusat terhadap Sabah.
“Kalau memikirkan keperluan 40 peratus, tentu kita kena lihat belanjawan keseluruhannya. Sebab ini rundingan penting supaya kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat menerimanya mengikut jadual negeri atau tanggungjawab Persekutuan,” katanya.
Takrif Hasil Bersih Masih Dirunding
Mengenai takrif “hasil bersih” iaitu asas kepada tuntutan 40 peratus Anwar mengatakan ia melibatkan cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dan hasil petroleum.
Beliau menafikan dakwaan bahawa pembahagian hasil petroleum dibuat berdasarkan formula 95 peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan lima peratus kepada Sabah.
“Itu tidak tepat. Ada aspek pelaburan, hutang dan kerjasama dengan PETRONAS. Namun, kita terbuka untuk membuka maklumat bagi tujuan rundingan,” katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa Cukai langsung Sabah pada 2024 mencecah RM58 bilion, Cukai tidak langsung sekitar RM1.5 bilion dan Perbelanjaan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah meningkat daripada RM12 bilion (2021) kepada RM17.6 bilion (2026) iaitu jumlah tertinggi setakat ini
Anwar menegaskan bahawa rundingan mengenai pemberian khas 40 peratus mesti diteruskan secara telus, berfakta dan berlandaskan semangat muafakat Persekutuan.
“Saya setuju dengan pandangan Sabah bahawa 40 peratus ini mesti dikira berdasarkan hasil yang tidak mengambil kira tanggungjawab langsung kerajaan. Tetapi semuanya perlu diputuskan dalam semangat rundingan yang baik,” katanya.






