Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

George Hiew sedia jika dicalonkan semula di DUN Karamunting

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew bersedia jika dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Hiew yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, berkata sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau Bersama pasukannya telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

Katanya, keutamaannya adalah membangunkan kawasan Karamunting dan memastikan kebajikan penduduk mendapat perhatian sewajarnya.

“Bagi saya, yang penting kerja memang saya sudah siapkan, kita bersedia. Tetapi ini terpulang kepada presiden parti.

“Apa pun keputusan pucuk pimpinan di atas, kami akan ikut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program MOTAC Bersama Komuniti @ Perlumbaan Perahu Naga Zon Kepulauan di pantai Pasir Putih, di sini, hari ini.

Menurut George, sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat di Karamunting juga, beliau berusaha memperkukuh hubungan rakyat di semua peringkat.

Beliau juga menzahirkan keyakinan mampu mempertahankan kerusi sekali gus membawa kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jika diberi peluang bertanding semula berdasarkan rekod dan kerja keras pasukannya untuk membantu rakyat.

Di kawasan Karamunting, katanya, beliau bekerjasama rapat dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan sekali gus memantapkan lagi gerak kerja pasukan.

“Dengan kerjasama rakan gabungan Pakatan Harapan (PH), saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi DUN Karamunting sekali gus membawa kemenangan kepada GRS,” katanya.
ends

LEAVE A RESPONSE