KOTA KINABALU – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di kawasan Keningau, Sabah pada jam 8.32 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi berkenaan berukuran magnitud 2.0 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa bumi itu terletak di koordinat 5.9 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.
Gegaran turut dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
METMalaysia turut memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut dan turut memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut :