Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Gempa Bumi Kuat Di Perairan Kota Kinabalu, Tiada Ancaman Tsunami — Metmalaysia

Kuala lumpur,— satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 telah berlaku di perairan kota kinabalu, sabah pada jam 12.57 pagi tadi, dengan gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di sabah serta sebahagian sarawak dan semenanjung malaysia.

Menurut kenyataan jabatan meteorologi malaysia (metmalaysia), gempa bumi itu dikesan pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.4 darjah timur, kira-kira 49 kilometer barat dari kudat, sabah, pada kedalaman 678 kilometer.

Metmalaysia memaklumkan bahawa kejadian tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada malaysia.

“jabatan meteorologi malaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pengumpulan data intensiti gegaran melalui pautan https://forms.gle/brkjbuqlepaf8kvw9.

Maklumat lanjut mengenai kejadian gempa bumi boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi mygempa.met.gov.my serta saluran media sosial metmalaysia.

LEAVE A RESPONSE