Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Gagal bayar cukai RM2.17 juta, syarikat dan dua pengarah didenda RM48,000

KOTA KINABALU: Sebuah Syarikat serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berasingan gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM2,178,939.69.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat ZBN Group Holdings Sdn Bhd serta dua pengarahnya, Zulnizar Norsinin, 40, dan ibunya Rubiah Ahmad, 64, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Zulnizar yang mewakili syarikat itu mengaku bersalah terhadap 16 pertuduhan bagi pihak syarikat selain 16 pertuduhan terhadap dirinya sendiri, manakala Rubiah turut berdepan 16 pertuduhan.

Mahkamah mengenakan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan sekiranya gagal membayar, mereka boleh dipenjara selama 14 hari.

BERITA LANJUT MENYUSUL….

LEAVE A RESPONSE